Teman-teman sekalian, ada banyak faktor yang menyebabkan kita “down” dalam kehidupan ini.
Masalah dalam pelajaran
Ini
satu hal yang sering menghantui mereka-mereka yang tidak berapa cerdik.
Saya rasa termasuk dalam “group” ini. Kadang-kadang stadi lebih tapi
keputusan sama ja dengan yang tak stadi. Haa, itu jam memang “down” la
kan. kalau duduk sorang-sorang tu mula la fikir bukan2. Haish! kenapa la
aku ni tak pandai2. Kalau tak da motivasi mesti dah malas nak belajar
atau buat apa yang berfaedah lagi. Mana taknya, rasa konfiden dah jawab
exam tapi markah rendah juga. Tapi kita kena tenang! ada la tu silapnya
dimana-mana. Disini pentingnya kita mencari motivasi bagi menghidupkan
kembali qolbu kita yang sangat memerlukan siraman untuk ia segar
kembali. Qolbu yang kuat akan buat kita lebih bersemangat untuk terus
berjuang di lapangan “belajar”.
Masalah dengan kawan-kawan
Percaya atau tidak kalian bahawa ada yang sanggup “extend” belajar kerana masalah dengan KAWAN
? YA! jawapan ada! Terpulanglah jika ia sudah meletakkan keputusan
sedemikian. Saya tidak mahu mendesak supaya ia mengubah kembali
keputusan yang telah dibuat. Mengapa ada masalah dengan kawan2? Saya
sendiri sering kali bermasalah dengan kawan-kawan2. Terkadang tension
sendirian, mana taknya seolah-olah kita ni harus “perfect”. Apa yang
buat saya terkadang “panas” semacam kalau belakang kita dia kutuk
macam2. Fuh! mendidih rasanya. Tapi jangalah sampai bergaduh bermasam
muka. TAK BAIK!!!
Cari la motivasi balik. Camne tu? haa, maksud
saya disini kita cuba la berbaik semula dengan kawan2. berlapang dada
lah. Ego tu harus dibuang jauh! Saya sendiri cuba untuk berbuat
demikian. InsyaAllah..
Masalah dengan bisnes
Nah!
ini point saya sebenarnya. Kadang2 tu kita semangat sangat mahu
berbisnes tapi bila diuji dengan sedikit rintangan kita mengalah. Suka
saya listkan beberapa rintangan yang sering menghantui dalam melemahkan
motivasi kita :
1. Tiada modal. Ini sering terjadi kepada saya.
Akibat tidak pusing duit modal dan keuntungan saya terus tiada modal
kembali. Memang agak down ketika itu. Baru la menyesal nape la enjoy
dengan keuntungan yang tidak seberapa tu. Apala salahnya simpan untuk
pusing modal. huhu..
2. Malas. Laa..simple je rintangan ni..tapi
ini lah yang membuatkan kerja kita tak siap2. Sikap malas ni la yang
membuatkan kita bertangguh dalam menyiapkan kerja. Saya baru sahaja
terbaca entry terbaru di blog Bro Patric chan tentang the secret how to stop procastination. Memang boleh dipraktiskan kalau kita mahu. cuba la baca dulu. Nice!(Klik saja pada tajuk entri atau nama beliau)
3.
Tak cukup ilmu. Ni satu rintangan juga. Tapi, apa pun kita yang malas
nak mencari ilmu. Selalu teringat kata-kata abah saya “Along, nak jadi
senang bukan senang”. Meski pun simple tapi pada saya ia membawa makna
yang mendalam. Kadang-kadang kita selalu mahu mendapat sesuatu dengan
cara mudah. Suka saya mengungkap kisah pak man telo yang menipu orang
melayu kita. Nak salahkan dia pon tak boleh juga, dah memang mentaliti
setengah kita yang mahu mudah saja mendapat duit tanpa usaha yang
setimpal. Hmm.. ayuh! jom kita mencari ilmu. jangan malu nak bertanya
kepada sesiapa pun jika mahu menambah ilmu. Normal la kan jika kita
merasa rendah diri tapi sampai bila ? Tak kan melayu hilang di dunia!
kerana apa? kerana kita ada ISLAM!, agama Allah yang akan sentiasa
benar!
Pesanan buat diri saya khususnya :
1. Carilah ilmu sebanyak mungkin.
2. Jangan malu bertanya jika mahu dapatkan ilmu.
3. Mesti berani menyahut sebarang risiko tapi dengan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan bukannya membabi buta.
4. Segeralah bertindak jika peluang itu sudah di depan mata.
No comments:
Post a Comment